Surprise Bekas Teman Serumah

Al kisah..

Pagi2 tadi ex-housemate sorg tu Whatsapp tanya khabar, update sikit pasal life masing2. Well, mmg normal la Whatsapp dgn dia. Terindu sgt dgn geng2 ex-housemates yg lain. Ckp dekat husband, nak jumpa diorg tp x larat nak drive. TT

Balik kenduri di Puncak Alam td dlm jam 3 petang, husband terus tolong jiran gotong royong, merewang sbb esok ada kenduri. Husband aku ni mmg sejenis manusia yg sgt disayangi jiran2 yg lain sbb suka jd sukarelawan dgn badan die yg sado dgn ketinggian 180++ tenaga dia mmg sgt diperlukan, Alhamdulillah. Tp aku masuk rumah terus sbb dah tak larat dgn sesak nafas, kaki bengkak2 ayam n mcm2 komplikasi lain2.. Fikir nak tidur je..

6 petang mcm tu, husband balik terus kemas2 rumah siap sapu rumah bagai. Aku tanya kenapa, rehatlah kan penat, esok pagi aku kemaskan rumah. Dia jawab, kawan2 dia nak datang rumah. Ada hal katanya. So aku pun terus bangun dan siap2 bungkus badan molek2 (tutup aurat).

Tiba-tiba pintu diketuk. Husband suruh aku pergi sambut kat pintu. Aku pelik jugak, kenapa aku yg kena bukak pintu. Kan kawan2 dia yg dtg. Nak tak nak, alang2 aku dah kat pintu. Aku bukak je lah. Dan

SURPRISEEEEEEEEE... tiga org ex-housemates aku depan rumah. What the? Hampir setahun jugak la tak jumpa diorang since aku pregant ni.. SPEECHLESS sangat tergamam terkedu sampai tak tahu nak buat apa. Nganga mulut O_o

Finally, aku tahu lah rupanya diorang dah komplot dengan husband aku, mintak share location (walaupun dah 2 kali diorg dtg umah ni ==) , tanya ade kat rumah ke tak siap dah mintak izin dgn husband nak bawak aku keluar jalan. Diluar pengetahuan aku. Tahu2 je dah depan pintu.

Rindu korang sgt. Thanks utk surprise ni, dari shah alam, dari ampang dtg jugak jejak ke hujung sini. Sumpah terharu. Even korang lagi excited nak touch my perut ni, its okey as long as dapat lepas rindu tengok muke korang. Thanks husband too.. tumpang sekaki dengan tabiat kawan2 syg yg suka buat unplanned event ni.. x sangka terkena hari ni.

Tak Tahu Masak?

Salam Maghrib semua.

Sy baru je habis memasak kat dapur, buat bekalan suami nak pergi kerja shif malam. Sarat2 mengandung ni, gagahkan diri siap bawak kerusi makan duduk tepi kuali. Kot2 lah rase nak tumbang, tumbanglah ke kerusi jgn ke kuali mcm kes baru2 ni sorang adik ni melecur muka sebab pitam. Semoga beliau kembali sembuh seperti sediakala.

Cerita pasal masak2 ni, teringat pesan mak sy dulu-dulu waktu tu rumah kami ada org gaji. Mak tak pernah bagi org gaji duduk dapur sorang2 dan masak utk kami sekeluarga. Mesti mak temankan dia masak, mak jadi leader of course la, org gaji akan jadi assistant. Melainkan kalau mak betul2 tak larat, kami adik beradik akan bergilir2 tolong kar dapur.

Bila tanya mak, sebab apa tak bagi org gaji masak sorang2. Pertama sudah tentu lah kita bimbang dia akan memasukkan bahan yg tak sepatutnya. Ubat tidur, racun atau sebagainya. Bukan nak kata org gaji ni jahat, cuma tindakan berhati2 amatlah perlu dititiberatkan sebelum terjadi apa2. Tapi itu bukan sebab utama tau! Mak kata, biarlah masakan yg suami dan anak2 dia rasa adalah dari tangan seorang isteri atau ibu sendiri. Itulah punca kasih sayang yg terbukti dgn kajian2 (sy dah tak ingat sumber tapi banyak kali terbaca kajian tentang air tangan isteri  terbukti boleh menambat hati suami).

Sebab tu sejak sy kahwin, seboleh-bolehnya sy akan masak kalau sy larat dan berkesempatan utk masak. Maklumlah kami berdua bekerja jadi masa kurang ada. Tp selagi ada waktu terluang, dan tenaga utk masak, tak ada alasan utk sy beli kat luar. Waktu bulan puasa tahun lepas pun boleh kira dgn jari berapa kali sy ke bazar ramadhan. Hari-hari lain sy akan masak utk berbuka walaupun letih balik kerja.

Ada kawan2 sy kata mereka tak tahu masak. Hmm.. jgn jadikan tak tahu masak itu alasan utk tidak memasak. Ingat sy pandai memasak ke? Mak sy meninggal dunia ketika umur sy 16 tahun. Dah hampir 10 tahun pemergiannya. Waktu awal2 mak pergi, masak sambal pun sy tak tahu sambal tu kena masak lama. Satu keluarga makan mentah2 haha.. sy belajar masak pun dari Google, dari makcik2 kat kampung dan housemate2 sy tapi kalau kita rajin masak, kita akan jd mahir. Kalau tak tahu masak, malas pulak tu..... fikirlah sendiri.

Ada satu kisah yg sy nak kongsikan, seorang menantu perempuan mengadu pada ibu mertuanya kenapa anak lelaki mak ni selalu sangat nak balik rumah mak. Hampir setiap hari dan kalau tak balik rumah mak, anak lelaki mak akan keluar lepak makan kat kedai. Lalu ibu mertua dia ni menegur dengan nada memerli, "cuba kau belajar masak. Ini masak pun tak pandai, malas pulak tu. Macam mana suami tak keluar rumah?"- ni cerita ayah sy kepada sy. Sampai sekarang sy ingat.

Alhamdulillah, berkat nasihat kedua2 org tua sy dan dari pengalaman mereka, kerap jugak sy hantar lauk ke rumah ibu mertua kalau ada rezeki utk masak lebih. Selain nak menambat hati suami, tambat hati keluarga mertua juga kan ^^. Semoga para pembaca dapat mengambil intipati yg positif dari perkongsian sy, mana yg kurang itu dtg dr diri sy sendiri. Kongsi sikit pengalaman korang.. :)

p/s sedapnya udang sambal petai. mengidam hari tu punya pasal :) 



Sumbangan Pembinaan Masjid Saidina Umar Al-Khattab

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah walaupun hanya memberikan sesuatu benda sebesar sarang merpati, nescaya Allah akan mendirikan untuknya rumah di Syurga"

Kemajuan pembinaan masjid terkini. Sumbangan derma/waqaf/zakat masih diperlukan untuk menyempurnakan pembinaan masjid ini. Mohon war-warkan juga merupakan satu usaha untuk merealisasikan aspirasi penduduk Qariah Padang Meiha. In Shaa Allah ada ganjaran di akhirat nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala menyampaikan maklumat ini dari menyebarkan sesuatu yang tidak berfaedah kepada Ummah. Moga bermanfaat pada keluarga & sahabat kita yang lain. 
Jazakumullahu Khairan Kathira. :)



Sy bg pihak bapa saudara sy Dr. Talib bin Ria Jaafar dgn rendah diri meletakkan harapan agar saudara-saudara di luar sana boleh membantu dgn sumbangan seikhlas hati bg pembinaan masjid ini, atau war-warkan kpd yg lain. Semoga usaha kita yg sedikit ini mendapat barakah dari Allah s.w.t. No. Akaun bank atau sebarang maklumat selanjutnya boleh menghubungi nombor yg tertera pada gambar.

Terima kasih, Wassalam.

SIAPA BOLEH JAWAB ?


Tolong siapa boleh jawab teka teki ni..


Pencarian Bloglist Januari & Februari 2017

Sy join pencarian bloglist http://www.aerillhassan.com/
Kalau korang nak join click kat banner bawah ni eh.


kriteria dia salah satunya adalah m'punyai blog yg aktif.
well, sbbkan kesibukan final year project, last two years,
mencampakkan diri ke alam pekerjaan n perkawinan,
blog ni mcm berhabuk sikit. xpelah, sis cuba kot2 ada rezeki masuk bloglist.
oh ya, i'm trying to maintain my posting anyways :)
kali ni dgn posting yg agak 'dewasa'  sikit compare posting yg lepas2 tu.
hehe

WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Nak join jugak :)


WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017



JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Mommy to Be


mak buyong is typing... :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik akhirnya sy dah sampai ke penghujung rancangan. Eh, penghujung trimester ketiga. Ada org tanya seronok ke pengalaman jd mak buyong ni. Jom lah nak cerita sikit..

First trimester, morning sickness mmg x boleh nak elak. Asal bangun pagi, pening loya mual nak muntah n for me it's not only in the morning but for the whole day everyday. Amekaw. Nak telan nasi sesudu pun terasa kenyang. Paling dahsyat Hb drop to 7.9 (mak mak tau lah betapa ngerinya when your Hb below than 8, in fact Hb below than 11 pun dah kena sound dgn doc. 12 weeks admission for transfusion okey, sape nak? 😭 seminggu kena tahan wad, ok bab ni sy ada masalah kesihatan sikit. Next time kita share, utk rujukan bakal2 ibu sekalian. Pernah satu pagi ni rasa teruk sgt loya muntah2 n husband da pesan mintak cuti, tp jiwa kental la konon drive jugak nk pergi kerja. Sampai satu selekoh kt MRR2 laluan paling kanan plak tu (confident je laluan kanan even sakit kepala pun.. haha).. sy hampir terbabas n that's my last day driving to office. husband yg baik hati hantarkn pergi kerja n kadang2 if dia cuti dia tunggu dpn office sampai ptg (office jauh dr rumah).


tengok tu label hijau turun pangkat jd kuning.. Ringkasnya ni adalah kod2 warna antenatal base on tahap kesihatan kita berada pada tahap yg memuaskan, pertengahan atau kritikal. Sila google for further info 😊

Second trimester, Alhamdulillah. Saraf-saraf otak mula berhubung. Selera makan kembali normal, muntah2 pun dah jarang n terus stop. Tp for this stage, sakit belakang, sakit pinggang, sakit area kiri kanan perut sentiasa menyerang especially time nak tidur or tgh tidur tiba2 rasa ngilu sgt tang badan. Hari2 mintak husband urut, pernah sampai menangis sbb tak tahan sakit sgt. Husband byk kali ajak pergi klinik tp sy tolak, sy cakap, doktor gelak je la sbb benda mcm ni normal la. Perut mengembang, nk adakan ruang utk dia membesar. Itu je la fakta paling logik, bila google pun mostly ckp mcm tu. Actually malas nk gi klinik, tu je cerita dia πŸ˜…. Start 2nd trimester ni pun tidur semakin terganggu, ni lah org kata nikmat tidur ditarik sampai kita beranak nnt. Dekat sejam carik posisi yg selesa, sekejap sandar, sekejap pusing kiri pusing kanan, tinggikan bantal kadang2 sampai give up nak tidur. Bayangkan lah. Tp ubat paling mujarab ialah husband di sisi. Ni lah gunanya husband 😊. Tepuk peha, urut perut, belai rambut or anything la yg buat kita rasa leka sampai terlelap. Sy syg awk!

Third trimester, mcm biasa jugak. Baby bump semakin ketara walau pakai jubah saiz XL sekalipun, ada jugak org yg dpt hidu. Diorg tak tahu lg ke? Yesss.. sy pregnant ni just family n teman terdekat je yg tahu. Taknak kecoh2, taknak heboh2. Tujuh bulan simpan rahsia, last2 bila update gambar, tang perut dah tak boleh nak cover, baby bump also wanna say hi to the world, sy terpaksa cerita apatah lg ramai yg komen tanye mcm2. This stage sy n husband dah completekan  brg baby, ada org ckp tak elok beli awal sgt tp sy terpaksa beli jugak due to my health condition ni, baby berisiko keluar awal 😯. Tp brg baby je lah yg complete, brg mak dia satu pun xsiap lg. Nnt2 je la.


So far, bila ada org tanya best ke mengandung, siapa yg best kalau nikmat makan, nikmat tidur, nikmat sihat ditarik? Jgn tipu diri sendiri, nak tunggu hari esok pun terasa lama. Tp percayalah, sampai satu masa bila awk rasa ada makhluk bergerak dlm perut awk, setiap masa setiap hari, awk rasa kaki dia menendang, tangan dia menyiku, badan dia berpusing, kadang2 dia tersedu, dan diberi peluang utk dengar degup jantung dia..


nikmat Tuhan yg mana kita nak dustakan?




This Blog is Protected. Copyright 2012 © All Right Reserved by Natasha