Silent
Miliki dua handphone tak semestinya dia suka bergajet
Tapi mungkin ada orang yang memberikan dia hadiah
Siapa tahu kehidupan sebenarnya?
Miliki banyak selendang tak semestinya dia tu berfesyen
Tapi mungkin cara itu membuatkan dia menutup aurat
Seksi itu orang kata padanya dosa..
Miliki sepasang kasut yang mahal bukanlah dia kaya
Tapi kasut yang lama tiga empat tahun dipakainya dah putus
Dari mereka yang setiap hari bertukar kasut.
Menuduh itu satu dosa,
Menyakitkan hati orang yang tidak bersalah,
Kasihani dia kerana dengan tanggapan orang,
Mungkin meruntuhkan semangatnya,
Apabila yang tidak buruk diburukkan,
Apabila yang tidak bodoh dibodohkan.
Lantaran itu dia diam diri, tidak mahu bicara sedikitpun.
Enggan mahu dibuka dendam yang tersimpan.
Enggan mahu terlihat orang akan sedih sayunya.
Orang lihat dia bahagia, orang lihat dia suka ria.
Tapi orang tak pernah duduk
dan
merasa berada di tempatnya.
*kerana dia lebih dewasa, kerana dia lebih tinggi duduknya, aku diam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nice words i learn today!
memang terbaek la entri tasha, em penuh bermakna ...
Post a Comment