Mommy to Be


mak buyong is typing... :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik akhirnya sy dah sampai ke penghujung rancangan. Eh, penghujung trimester ketiga. Ada org tanya seronok ke pengalaman jd mak buyong ni. Jom lah nak cerita sikit..

First trimester, morning sickness mmg x boleh nak elak. Asal bangun pagi, pening loya mual nak muntah n for me it's not only in the morning but for the whole day everyday. Amekaw. Nak telan nasi sesudu pun terasa kenyang. Paling dahsyat Hb drop to 7.9 (mak mak tau lah betapa ngerinya when your Hb below than 8, in fact Hb below than 11 pun dah kena sound dgn doc. 12 weeks admission for transfusion okey, sape nak? 😭 seminggu kena tahan wad, ok bab ni sy ada masalah kesihatan sikit. Next time kita share, utk rujukan bakal2 ibu sekalian. Pernah satu pagi ni rasa teruk sgt loya muntah2 n husband da pesan mintak cuti, tp jiwa kental la konon drive jugak nk pergi kerja. Sampai satu selekoh kt MRR2 laluan paling kanan plak tu (confident je laluan kanan even sakit kepala pun.. haha).. sy hampir terbabas n that's my last day driving to office. husband yg baik hati hantarkn pergi kerja n kadang2 if dia cuti dia tunggu dpn office sampai ptg (office jauh dr rumah).


tengok tu label hijau turun pangkat jd kuning.. Ringkasnya ni adalah kod2 warna antenatal base on tahap kesihatan kita berada pada tahap yg memuaskan, pertengahan atau kritikal. Sila google for further info 😊

Second trimester, Alhamdulillah. Saraf-saraf otak mula berhubung. Selera makan kembali normal, muntah2 pun dah jarang n terus stop. Tp for this stage, sakit belakang, sakit pinggang, sakit area kiri kanan perut sentiasa menyerang especially time nak tidur or tgh tidur tiba2 rasa ngilu sgt tang badan. Hari2 mintak husband urut, pernah sampai menangis sbb tak tahan sakit sgt. Husband byk kali ajak pergi klinik tp sy tolak, sy cakap, doktor gelak je la sbb benda mcm ni normal la. Perut mengembang, nk adakan ruang utk dia membesar. Itu je la fakta paling logik, bila google pun mostly ckp mcm tu. Actually malas nk gi klinik, tu je cerita dia 😅. Start 2nd trimester ni pun tidur semakin terganggu, ni lah org kata nikmat tidur ditarik sampai kita beranak nnt. Dekat sejam carik posisi yg selesa, sekejap sandar, sekejap pusing kiri pusing kanan, tinggikan bantal kadang2 sampai give up nak tidur. Bayangkan lah. Tp ubat paling mujarab ialah husband di sisi. Ni lah gunanya husband 😊. Tepuk peha, urut perut, belai rambut or anything la yg buat kita rasa leka sampai terlelap. Sy syg awk!

Third trimester, mcm biasa jugak. Baby bump semakin ketara walau pakai jubah saiz XL sekalipun, ada jugak org yg dpt hidu. Diorg tak tahu lg ke? Yesss.. sy pregnant ni just family n teman terdekat je yg tahu. Taknak kecoh2, taknak heboh2. Tujuh bulan simpan rahsia, last2 bila update gambar, tang perut dah tak boleh nak cover, baby bump also wanna say hi to the world, sy terpaksa cerita apatah lg ramai yg komen tanye mcm2. This stage sy n husband dah completekan  brg baby, ada org ckp tak elok beli awal sgt tp sy terpaksa beli jugak due to my health condition ni, baby berisiko keluar awal 😯. Tp brg baby je lah yg complete, brg mak dia satu pun xsiap lg. Nnt2 je la.


So far, bila ada org tanya best ke mengandung, siapa yg best kalau nikmat makan, nikmat tidur, nikmat sihat ditarik? Jgn tipu diri sendiri, nak tunggu hari esok pun terasa lama. Tp percayalah, sampai satu masa bila awk rasa ada makhluk bergerak dlm perut awk, setiap masa setiap hari, awk rasa kaki dia menendang, tangan dia menyiku, badan dia berpusing, kadang2 dia tersedu, dan diberi peluang utk dengar degup jantung dia..


nikmat Tuhan yg mana kita nak dustakan?




1 comment:

Ana Fatihah said... Reply To This Comment

Berair pulak mata ni bila baca sharing akak ni. Sungguh, pengorbanan ibu itu sangatlah besar. :')

This Blog is Protected. Copyright 2012 © All Right Reserved by Natasha